Friday, February 10, 2012

Wak Din dan Doraisamy berborak di Padang

kalau dilihat tajuk ini dengan cerita yang hendak disampaikan, mungkin akan mengganggu jiwa yang membaca. ini kerana tajuk ini tiada kena mengena dgn cerita yang hendak disampaikan.

tanggal 9 februari 2012, jam 830 malam, 3 orang lelaki dan 2 wanita memulakan misi mencari satay di kotaraya yang tidak pernah tidur kerna disirami cahaya2 lampu. seperti biasa, melayu kata jam 830 berkumpul, tapi tayar bergolek ke destinasi pada jam 850mlm kerna menunggu seorang wanita yang terlewat kerana desakan kerja.

kami memulakan perjalanan. pemandu kenderaan sering ditegur oleh rakan dek cara pembawakan yang kurang menyenangkan. tetapi bg aku, tiada masalah kerna aku percaya cara pemanduannya. kalau kena pon, dia yg kena bayar.hahaha. perjalanan dimulakan dengan menuju ke kampung baru.dua org wanita di dalam kereta sudah kemaruk satay. dari sinilah tajuk entry ini bermula. tiba sahaja di lokasi, wanita pertama terus meluru keluar menuju ke kedai sate wak din. kusangka wanita kedua akan keluar mencari satay padangnya tetapi....aku yang keluar mencari satay padangnya. alasannya, susah utk keluar kereta kerna banyak barang. tidak mengapa, memandangkan aku ini lelaki yang budiman, aku keluar mencari satay padang. 20 cucuk satay ditempah bagi memuaskan nafsu makan semua di dalam kereta. sambil ku menunggu-rossa satay dimasak, ku lihat wanita kedua sedang bermain aipetnya, game temple run. sungguh diva wanita kedua itu. tetapi disebabkan aku lelaki yang budiman, aku ikhlas menunggu sehingga satay padang dimasak.

okla, pas solat sambung. aku ingin pergi mengambil lelaki bujang sementara di pejabatnya utk menunaikan solat. amin.....

No comments: